Jonathan Groff
Jonathan Groff

Jonathan Groff

Jonathan Drew Groff (lahir 26 Mac 1985) ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Pada usia 22 tahun, Groff meraih pencalonan Anugerah Tony untuk wataknya sebagai Melchior Gabor dalam muzikal rock Broadway Spring Awakening. Beliau juga menjayakan peranan Claude dalam Hair. Sering kelihatan di pentas off-Broadway, Groff memenangi Anugerah Obie kerana membintangi dua sandiwara pentas Craig Lucas, Prayer for My Enemy dan The Singing Forest. Beliau membuat penampilan West End pertamanya dalam sandiwara pentas Deathtrap bersama Simon Russell Beale. Beliau juga membintangi Red bersama Alfred Molina.Pada tahun 2013, Groff membintangi adaptasi layar pertama karya pengarang David Sedaris, C.O.G., di mana beliau melakonkan watak yang berdasarkan darpada Sedaris sendiri, dan sebagai pelakon suara Kristoff dalam Frozen. Di televisyen, Groff memegang watak Jesse St. James dalam siri Fox Glee, dan dari 2014 sehingga 2015, beliau juga melakonkan watak sebagai Patrick Murray dalam siri HBO Looking.

Jonathan Groff

Pekerjaan Pelakon, penyanyi
Tahun aktif 2005–kini
Kelahiran
Jonathan Drew Groff

(1985-03-26) 26 Mac 1985 (umur 36)